apa yang kau mahu…

oleh Buanda Warith pada pada 18hb Julai 2011 pukul 4.22 ptg
 

Andainya tujuan mu untuk melukai…

memang sudah pun terluka

andainya kau inginkan aku menangis…

sudah kering air mata

andainya kau ingin aku tersenyum

senyuman itu sudah tiada…

kerana kejelekanmu..kerana tiada santunmu..

kerana tiada takut mu kepada siapa-siapa pun…

Andainya aku dan mereka sudah tiada makna

mudah untuk melupa

Tetapi sekurang-kurangnya sesaat..

berhenti sekejap dibenakmu untuk berfikir..

bahawa adanya Dia..

bahawa adanya dosa dan pahala…

jika semuanya juga tiada makna…

maka baik kau noktahkan hidupmu.

KAU TIADA DI TEMPAT ITU

oleh Buanda Warith pada pada 19hb Julai 2011 pukul 4.25 ptg
 

di saat kesedihan ini tiba….

aku jadi lain dari diriku…

jauh di lubuk yang paling dalam

ada kesakitan…

melihat dia

melihat mereka…

andainyalah bisa ku atur…agar dia bisa tersenyum

di pohon tangga

pada petang hari

sambil mengirup daun kering yang dibakar

menanti kepulangan seorang anak…

andainyalah bisa ku atur..

agar mereka dapat berlari dengan jeritan..

lalu memegang kakimu sehingga langkahmu terhenti..

dan mendogak ke muka mu

dengan ucapan bapak sudah pulang….

tetapi semuanya adalah imaginasiku…

seperti dalam sinetron malam…

kerana sehingga kini

kau masih tiada ditempatmu yang sepatutnya…