ZIHA

NAZIHA DAN AISYA...

 Aku bersalinkan anakku yang pertama pada usia 30 tahun. Selepas lebih kurang 5 tahun mendirikan rumah tangga, ketibaan anak sulung ku amat2 diharapkan. Akhirnya pada 14/8/2000 jam 11.45 malam seorang bayi perempuan yang comel lahir ke dunia di Hospital Duchess of Kent Sandakan.Aku dan suami memang berhasrat untuk memiliki anak ramai paling kurang pun 4 orang jika keadaan kesihatan mengizinkan. Kesan dari kesukaran aku mengandung dulu menyebabkan aku seolah-olah tidak pandai merancang kelahiran anak-anakku. Maka mereka pun lahir hampir setahun seorang. Keempat-empat anakku pula perempuan. Mereka membesar bersama-sama. Pada tahun 2010, aku bercadang untuk mengandung lagi dan alhamdulillah..aku mengandung lagi anak yang ke 5. Kami sekeluarga mengharapkan anak tersebut lelaki tetapi Allah kurniakan lagi anak perempuan. Jadi sehingga kini…saya dikurniakan 5 cahaya mata yang kesemuanya bunga iaitu Siti Nurazha, Siti Naziha, Ain Natasya, Wahija Saliha dan Siti Aisyah.. Semoga anak-anakku menjadi permata terindah di hatiku dan akan menjadi anak yang soleha..amin. PERMATA HATIKU….