Tahun ini 2011 merupakan tahun yang begitu banyak dugaan yang mendatang. Apa tidaknya…berbagai masalah keluarga yang timbul. Sebagai anak sulung aku tidak dapat lari dari memikirkan cara penyelesaian masalah2 tersebut tetapi tidak berhasil. Malahan ada suara2 yang mengatakan bahawa aku mahu mengatur kehidupan mereka. Demi Allah aku tiada niat sedemikian…tetapi aku seboleh-bolehnya mahu menunjukkan pilihan terbaik dalam hidup mereka…agar mereka tidak akan menyesal. Otak ku jadi buntuh kerana empunya badan yang mahu ditunjuk atur itu adalah manusia yang mempunyai hala tuju dan pemahaman yang berbeza sama sekali. Mungkin bagi pandangannya cara penyelsesaian yang di ambilnya adalah yang terbaik, manakala bagi aku tidak sama sekali. Adik aku berhenti kerja..dan macam2 lagi salah laku yang terjadi. Mahu rasanya aku butakan mata, bisu dan pekakkan telinga..supaya aku tidak mengetahui perkembangannya…tetapi apa yang terjadi ialah..emak dan isterinya mengadu kepadaku..dan aku tidak boleh lari dari memikirkan dan terlibat dengan permasalahan tersebut..
Semoga Allah memberikan jalan penyelesaian kepada permasalahan keluarga ku…paling tidakpun berikan hidayah kepada adikku yang bagi pemikiranku sudah jauh terpesong..semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebahagian kepada kami agar emak bisa tersenyum, ipar bisa tersenyum dan anak2 saudaraku yang tersayang juga bisa tersenyum…amin..